Showing posts with label Life Update. Show all posts
Showing posts with label Life Update. Show all posts

Thursday, January 6, 2022

Life Update : Tahun Ke 5

Assalamualaikum.
Hai.. Apa khabar?


Bertemu lagi kita di entry baru setelah beberapa tahun. Perasaan aku bercampur baur saat menulis entry ni. Lama sangat tinggalkan blog kan. Banyak event yang berlaku sepanjang ketiadaan entry baru. Akan aku ceritakan serba sedikit.



Pejam celik pejam celik dah masuk tahun 2022. Sungguh cepat waktu berlalu. Bulan 8 tahun ni akan genaplah 5 tahun penghijrahan aku & suami di bumi kangaroo. 5 tahun juga tidak bersua muka dengan keluarga masing-masing. Rindu? Usah di tanya. Setebal langit. Namun selalu ajarkan diri untuk bersabar dan mohon Allah sentiasa berikan kami kekuatan. Insya Allah satu hari nanti dapat berkumpul semula ramai-ramai.


Seiring dengan tahun penghijrahan, aku & suami juga melayari bahtera rumah tangga di jumlah yang sama. Baru-baru ini, pada tarikh 01 Januari kami menyambut ulang tahun perkahwinan yang ke 5. Alhamdulillah ;)  Tak sangka dah 5 tahun berhubungan halal hehe. Kadang-kadang aku rasa macam baru ja akad nikah. Entah laa.. mungkin memori akal ni stuck di masa 5 tahun yang lalu ketika baru di ijab kabulkan. Rasa kasih sayang.. rasa cinta sentiasa mekar, alhamdulillah.. Jika ditanyakan soal zuriat, aku hanya mampu berkata.. ramai yang menunggu kami di Syurga, insyaAllah.. Doakan yang baik-baik buat kami, ya? :)

Kehidupan di sini terasa cepat berlalu. 5 tahun seolah-olah seperti setahun. Kalau ber video call keluarga di Malaysia, alangkah terkejutnya bila tengok adik-adik, sedara mara yang dulu masih kecik.. sekarang dah meningkat dewasa. Lama sangat ya kakak hijrah? Hmm.. ada betul nya jugak, memori akal aku ni stucked di masa 5 tahun yang lepas. Segalanya terbayang keadaan yang lama sebelum berhijrah ke sini. Hee -,-‘



Oh ya! Aku dah saksikan kecantikan Sydney Opera House pada bulan April tahun lalu. Suami aku bawak holiday ke Sydney sejurus usai kerja packing. Ya Allah seronok sangat..! Banyak jugak tempat yang kami pergi masa dekat Sydney haritu. Nanti aku buat satu entry khas pasal Sydney. Ha! macam seronok jugak kalau buat entry khas tempat-tempat yang aku pergi explore atau holiday, kan..?? Okay nanti aku fikir dulu. Kalau rajin, aku tulis. Hahaha ;D 

Aku ni… suka jugak buat video/reels di instagram. Cuma jiwa aku lebih kepada menulis entry. Rasa puas bila dapat tulis. Walaupun aku tahu, blog dah tak relevan zaman sekarang ni. Orang lebih suka tengok video pendek dan lain-lain tapi aku ok ja sebab aku happy bila dapat tulis di blog. You do you. Gitu ;p

Sebelum aku undurkan diri, aku nak cerita sikit pasal isu semasa. Apa yang berlaku dalam kehidupan manusia sekarang ni. Sepanjang 2 tahun lepas, dunia telah pun dikejutkan dengan penyebaran vi.rus. Pengambilan vak.sin diwajibkan. Namun, sehingga ke harini masih belum dapat putuskan rantaiannya. Variant demi variant muncul. Sekarang ni muncul pulak 2 variant baru. Tak tahu la sampai bila manusia nak kena hadapi masalah vi.rus yang duk merebak ni. Ramai yang terjejas dari segi pekerjaan & kewangan sejak 2 tahun lalu. Semoga Allah angkat penyakit-penyakit ini dari bumi. Aamiin..


Aku rasa setakat sini saja. Mana mungkin mampu nak diceritakan apa yang jadi sepanjang 5 tahun ini. Aku pun tak terdaya nak tulis. Cukup lah aku bagitau yang aku sihat, selamat dan happy dengan kehidupan yang Allah tetapkan ini. Jika adapun hal yang menyedihkan berlaku, hal yang kita rasa kita tak suka.. selalu lah bersangka baik dengan Allah. Dia Maha Mengetahui. Senyum sikit, okay? ;)

Jumpa nanti di entry baru. Insya Allah. 
Assalamualaikum. Baii~

















Tuesday, November 6, 2018

G’day Mate!

G’day (good day) Mate!
Ya good day sangat sebab harini cuti hehe. Adalah masa sikit untuk menulis. Aku baru lepas goreng cucuq jagung pedas untuk breakfast. Yumm— Ok lets start!


Hi. How you’re doing?

Itulah greeting yang Aussie people guna. Honestly for the first two months tiba di Aussie ni, memang kekok. Bahasa yang depa guna still english tapi slangnya tu buat aku kekadang ternganga ๐Ÿ˜‚  Aku terpikir jugak “ aku ni tak reti omputih ka? pasaipa aku faham sikit-sikit ja ni?” Rupa-rupanya slang ja yang lain. Patutlah pun aku blur! ๐Ÿ˜… Selama ni duk tengok show Aussie kat tivi tak pernah pulak aku tau hihi. Macam mana tak blur kalau dah dari “Water” bertukaq dair “Wara”. Nasib..nasib...

Sekarang aku & suami dah nak masuk 2 tahun merantau. Alhamdulillah dah boleh catch up kalau berkomunikasi dengan locals. Yang paling best, bab suami lah..  dari tau sikit-sikit omputih sampai lah dah boleh berdikari kalau nak berkomunikasi dengan locals. Sebelum ni dia akan suruh aku ja yang cakap. Atau lebih tepat lagi, dia tak confident— Sebenaqnya dia faham ja orang bercakap omputih dengan dia cuma gagap nak balas balik sebab selama ni tak practice di Malaysia. Same goes to me! Mula-mula teragak-agak “betoi ka ni aku cakap?” Bila dah lama & terbiasa baru lancar.

Untuk kes suami tu, aku cari ada satu cara untuk paksa dia bercakap omputih— Bila dia tengah bercakap dengan locals, aku akan diam seribu bahasa seolah-olah aku ni noob taktau english! hahaha Kejam tapi niat aku nak membantu. Selepas beberapa bulan, dia dah improve! confident pun tinggi tau. Sekarang ni dah boleh melepak dengan backpackers @ locals weii. Kagumnyeee ☺️๐Ÿ˜˜ Good job bebรจ!

Aku ingat lagi suami masuk-masuk rumah dia cakap;

H: ”Sayang tadi abang borak dengan backpackers German. Nervous” 
W: “Ooo pastu ok dak abang sembang dengan dia? sembang apa?”
H: “Ok ja sembang dengan dia. Abang cakap macam ni kat dia...”
(suami lakonkan balik babak-babak dia berkomunikasi dengan backpacker tu hahaha)
W: “Haa ok laa tu yang. Dah improve! esok p sembang lagi”
H: “Tengok lah suami sapa.. ni Mohd Hairi la”
Hmmm mula dah ๐Ÿ™„


Merantau

Dari aku kecik sampaila dah besar, aku tak pernah jauh dari family. Selepas berkahwin hidup aku berubah 360 darjah. Suami bawak merantau jauh di tempat orang. Awal-awal menangis jugak teringatkan family di Malaysia. Siap pakej demam panas lagi ๐Ÿคฃ Tapi makin lama, makin boleh adapt dengan keadaan kat sini.

Untuk seketika aku berfikir, patutlah kita digalakkan berhijrah melihat tempat orang. Mental & fizikal sangat tenang dan bahagia. Pada aku sendiri, bila aku tengok tempat-tenpat yang cantik.. tak berhenti aku memuji Sang Pencipta. Indahnya ciptaan Dia. Tak puas mata memandang. Tengok pokok kat sini pun jatuh cinta. Itu belum dapat tengok snow lagi. Mau aku berteriak seronok macam budak 10 tahun ๐Ÿ˜† #idontwanttogrowup #suamicakapakubudakbudak

Idea & ilmu pun bertambah bila kita merantau/travel ni. Ada saja idea yang akan meluncur keluar dari mulut. Untuk orang yang suka berbisness macam kami suami isteri, memang banyaklah ideanya. Kadang tu sampai berebut siaran radio nak bercakap hahahah. Padahal berdua ja pun ๐Ÿ˜œ

Alhamdulillah atas nikmat ni. Walaupun belum dikurniakani anak lagi, tapi Allah berikan kami rezeki dalam bemtuk berupaya hijrah ke tempat asing sejurus selepas berkahwin, dapat membantu keluarga di Malaysia, kesihatan yang baik dan family yang sentiasa memahami. ๐Ÿ’•


Apa yang berlaku setiap satunya itu bersebab—
Till next time~ Have a good day!

Thursday, April 19, 2018

Salam 2018, Salam Perantauan

Assalamualaikum semua. 


Ya Allah.... akhirnya aku boleh update blog! Rindu nak menulis. Last entry bulan July 2017, phew lama betoi. Harapan nak selalu update blog hanyalah angan-angan mat jenin. Rindu betoi kat seketoi blog aku ni. Almost a year tak buka. So... jom lah aku cerita sikit tentang life aku selama beberapa bulan yang lepas. 

Ok, aku rasa/perasan ramai yang dah tau keberadaan aku kt mana since aku ada update kt instagram. Bajet instafamous? hahaha :p Im pretty sure followers IG aku adalah readers blog aku jugak. So yeah~ Currently im in Australia. Ha surprise surprise.. hehe 

Aku dan husband datang Aussie bulan Ogos tahun lepas. Lepas update blog bulan July, sebulan lepas tu fly terus ke Aussie. Its was unexpected trip. We’re just willing to earn some experience at the new place. Preparation sebelum ke Aussie amat simple. Buat passport since kami tak penah travel luaq negara, lepastu apply visa, dan packed baju hehe. 

But wait. Not THAT simple. Terlupa yang kena pindah barang dari rumah sewa ke rumah parents. Ok part ni paling tak berkenan. Aku taktau aku beli apa sangat selama 3bulan duk rumah sewa tu sampai banyak gilaaaa barang nak kena kemas & pack -___-“  

Lepas settled everything, baru lah hati lega nak ke Aussie. Flight aku pukl 10pagi dari Malaysia dan tiba di Airport Melbourne pukul 8malam. Fyi, bulan Ogos adalah penghujung musim sejuk di Aussie. Husband and i dah prepared siap-siap winter coat dalam backpack sebab takut gigil hehe, yelah mana penah rasa winter. Keluaq ja exit gate airport tu bergegas pakai winter coat hahaha sejuk gila! Selalu pegi Cameron Highland tak sejuk pun? Apahal sini sejuk? HAHAHA sengal 

Fun fact here, husband and i tak penah travel jauh-jauh walaupun sebelum berkahwin dan TAK PENAH NAIK KAPAL TERBANG. So jakun dalam flight tu semestinya :’D Pengalaman ke Aussie adalah pengalaman yang takkan aku lupa. Bagi aku dan suami semuanya adalah “KALI PERTAMA” Syukur alhamdulillah atas rezeki Allah. 

Bila teringat balik moments yang lepas, rasa syahdu sangat. Hehe i love my life. So its almost a year dah. Tak lama lagi dah nak berpuasa, Yayyy tak sabaqnya nak rasa berpuasa dan sambut hari raya di perantauan. InshaAllah semuanya akan baik-baik ja ;) 

Aku harap aku boleh upload some pictures kali ni, tapi apakan daya.. aku update ni pun guna phone ja :( Aku nak sangat update so tak kisah lah guna phone pun ok ja asalkan dapat terubat rindu nak menulis. Next time harap-harap boleh lah update guna laptop pulak hehe.


Have a good day! 

Tuesday, July 4, 2017

Hello 2017

Assalamualaikum. Hey!






Last update tahun 2016 masa tu aku baru bertunang. Sekarang dah masuk bulan July 2017, dan baru ja lepas meraikan Hari Raya Aidilfitri bersama SUAMI TERCINTA hehehe. Iyup! aku dah bernikah dah pun :P Alhamdulillah semua majlis berjalan dengan lancar. Buat masa sekarang, aku dan suami menetap di sebuah rumah sewa sekitar Sg.Petani. Tak jauh dari kampung suami & aku sendiri. Lebih kurang 15-30 minit dah boleh sampai rumah mak masing-masing. Hahaha

Hmm untuk gambar-gambar sekitar majlis-majlis persandingan nanti aku up lah ye. Internet tidak mengizinkan nak upload sekarang ni. Bil YES belum bayaq lagiii huhu



Keadaan selepas berkahwin

Alhamdulillah.. so far sooo gooood hahaha. Aku pun tak tau kat mana nk mula kalau bab2 berkaitan suami aku ni. Moment pengenalan kami bagi aku lawak sangat. Aku rasa aku patut buat satu entri khas bertajuk "How We Met" hahahaha amacam? mau ke idok membacanyee? :p

Back to topic; keadaan selepas berkahwin ehh?  Pada aku sendiri yang baru saja memegang title “Isteri”  ni, mungkin tak banyak lah yang boleh aku kongsi. Cuma aku boleh cakap  menjadi  seorang isteri sangatlah mencabar jiwa, raga & mental. Banyak benda kena belajar- Dari segi pengurusan rumahtangga, kewangan dan perangai pasangan.

Btw, insyaAllah.. dalam masa sebulan lagi, aku berazam dalam-dalam untuk rajin update blog. Mana tau nanti orang kesayangan aku di perantauan sana boleh lah baca celoteh mek tecik ni hihihi. Besides, aku sendiri pun rasa rindu nak berblog. Walaupun aku tau, takda sapa yang hingin nak membaca hihi.

Yang pastinya, selepas bulan July ni, semua entri yang bakal aku tulis.... akan menjadi sebuah diari dan kenangan terindah buat aku, suami, keluarga dan sahabat-sahabat. Sapa tau... kot nanti ada yang rindu-rindu? ๐Ÿ˜Š

Oh ya! semasa hampa tengah baca entri ni, aku nak bagitau yang bahwasanya aku telah tukaq username/domain blog ni tau. Dari AIDAHALIENA -> Ayieda2u


Harap enjoy entri pendek ni, till next time ~~




Love, Ayieda 



Thursday, September 15, 2016

Majlis Pertunangan Aida Haliena

Assalamualaikum. 

Ehem ehem. Rasa berdebar pulak nak update pasal pertunangan sendiri hehe. Sebenarnya duk pikiaq banyak kali jugak samada nak update ke tak pasal majlis pertunangan. Yelah baru bertunang ja kan, bukan nikah.. tp memandang ramai saudara-mara, kawan-kawan malah tunang sendiri (hihi) upload gambar iolls di media sosial, iolls mengalah.. cehh ayat! nk menang selalu hahaha. Sebenarnya aku tak sabaq nk tukaq status kt fb ja kekeke :p 

Alang-alang previous post aku dah bagi hint pasal majlis pertunangan ni, aku update terus lah. Biar jadi kenangan :) Nanti duk peram lama-lama takut terlupa the minor memories tu kan. Oh sebelum tu, aku nak minta maaf la sekiranya entry ni menimbulkan rasa ketidakpuasan hati di mana-mana pihak. Bukan niat nak kepochi atau bangga diri, aku cuma nak abadikan hari-hari bahagia aku dalam blog ni :) Apa lah sangat yang nak dibanggakn, aku pun mcm org lain jugak, bertunang sebelum berkahwin. Jadi aku harap masing-masing dpt membaca entry ni dgn hati terbuka dan gembira! sbb aku rasa sangat bahagia dan hati aku berbunga-bunga bila tgk balik gambar-gambar ni ;) 

Tarikh pertunangan iolls 11/09/2016 which is sehari sebelum Hari Raya Aidiladha.
Jom layan gambar-gambar semasa majlis pertunangan iolls!


Maklang tengah proses pasang pelaminku

Main buka tutup lampu ruang tamu sbb nak tgk lighting di pelamin haha

Taraa!! dh siap. Simple & nice

Plan asalnya takmau buat pelamin. Memang dah bincang dgn family takmau buat. Kira nak simple ja. Easy going gitu. Buat makan-makan sikit dan beli baju sahaja. Sebab mulut org ni tak boleh tutup, mata org pun kita takleh rabunkan hahaha. Buat pelamin pun salah, tak buat pun salah. Ada ja tak kena. Sedap mulut ja depa bercakap padahal tak usik pun duit depa kekeke. Tengok sudahlah kn..?kalau tak suka, takyah tgk. Biaq kami yg suka ni ja tgk hehehe. Chill

5 hari sebelum majlis, maklang tanya aku,

"cek buat pelamin dak?"

"dak, takyah buat kot"

"aih buat la, sekali seumur hidup. mai maklang buat bagi. takyah keluaq duit apa pun (free)"

Huhuhu mau takmau aku terpaksa akur. Itupun jenuh jugak la duk cari idea, scroll habih nk tgk contoh pelamin paling simple abad ini hahaha. Maka terhasil lah mcm kt atas tu haa. Entah la nyah, bg aku simple jelah maybe bg org lain heavy sgt. Anyway terima kasih maklang! hugssss


Hantaran pihak perempuan 
7 dulang tapi terrr showed up 8 hehe

Hantaran pihak lelaki
5 dulang

Nervous sangat time ni ๐Ÿ˜‚ ๐Ÿ˜‚




Syra & Mimi sanggup tuang kerja sbb nak mai majlis pertunangan iolls. 
Terharu okay. Aku sayang sangat kt hampa. Nanti jadi bridesmaid aku plak tau! ๐Ÿ’‹๐Ÿ’‹


InsyaAllah nanti majlis hampa aku pulak yg mai buat riuh hehe


Kc & Kyra 
Curi kt fesbuk ja hehe

Makyah :p Thankyou sudi main makeup dgn aku

Ramai yang suruh bergambar dgn HR, tunang kita tuuuu hehe. Asyik-asyik suruh aku paggil HR hahaha. Tapi dia maluuuu :p  Tunggu orang reda sikit baru dia masuk.


Tara!! my veryhandsome fiance ๐Ÿ’–๐Ÿ’–๐Ÿ’–

Lepas majlis, kononnya nak g tangkap gambar outdoor lah, kemain pegi smp Kepala Batas, tapi tak kesampaian sbb ada kematian keluarga sebelah HR di Kepala Batas juga. Alang-alang kami pun dah ada kt Kepala Batas, terus heading ke masjid. Cancel terus utk outdoor. 



Tapi yg lawaknya, ada lah jugak sekeping dua gambar dpn masjid hahaha. Sebagai ganti nk outdoor :p Semua ni akai HR

" elok jugak ni kalau tangkap gambaq kt sini, rare.. sunset elok aih "
" kalau org tgk, mesti depa igt kita baru lepas nikah "


hah, nampak...?? kekeke

HR (tunang itew) A'a (bakal adik ipaq) aku & angah
Depa pun ikut sebenarnya. Lupa nak mention td

Lepas balik dari masjid, HR bawak g makan sebab dari pagi aku tak makan. Sebelum nk bawak g makan tu, kenalah bising sebakul dulu dgn HR muehehe 



Lepas makan, ofkos lah HR hantaq balik kn, bukannya nikah lagi :p Hmm dah start dah rinduuuuu kt sayang :(

Esoknya pulak Raya Aidiladha, 12/09/2016 Sebagai ganti hari sebelumnya tak dapat outdoor, kami p masa Hari Raya pertama hahaha bestnya..!!

 Raya kedua, 13/09/2016 attended birthday party ZARIYA SOPHIA. Meriah sangat-sangat. Dah la cantik pulak tu deco dalam rumah. Pandai kak Sal pilih theme.

Huhu semua tu aku akan cerita on next entry okay? Promise :)

Last but not least, terima kasih yang sangat istimewa kepada mama dan abah sbb bagi greenlight cek bertunang dgn HR hihi. Mama dan abah orang kuat majlis ni. Sorry tau kita tadak langsung gambar on that day. Sedih kan :(

Seterusnya terima kasih tak terhingga kepada saudara-mara, keluarga besar sebelah mama dan sebelah abah, sahabat-sahabat yang palinggg aku sayang sbb meringankan kerja mama iolls. Tolong apa yang patut dan semestinya hampa semua mai memeriahkan majlis aku :D

Terima kasih sekali lagi kepada semua yang sudi menjayakan majlis kami. Maaflah cuma mampu menjemput saudara-mara, jiran-jiran dan sahabat-sahabat terdekat ja. Majlis hanya kecil-kecilan. Nanti big day haruslah panggil semua! tak gitu? hehe

Doakan kami berjaya menempuh dugaan alam pertunangan. Khabarnya sangat berat sekali dugaan yang bakal mendatang. Semoga semuanya baik-baik saja dan dipermudahkan segala urusan pembinaan masjid kami. Ameen.


ALL IS WELL ๐Ÿ˜Š

Thanks for reading! Byee~~











Sunday, June 5, 2016

My cup of tea.


"i dont know what i'm drinking, but if this is love, pour me another glass.."

I would like to drink and make it as my favourite till i die :)




with love, Aida Haliena