Showing posts with label loveofmylife. Show all posts
Showing posts with label loveofmylife. Show all posts

Tuesday, July 4, 2017

Hello 2017

Assalamualaikum. Hey!






Last update tahun 2016 masa tu aku baru bertunang. Sekarang dah masuk bulan July 2017, dan baru ja lepas meraikan Hari Raya Aidilfitri bersama SUAMI TERCINTA hehehe. Iyup! aku dah bernikah dah pun :P Alhamdulillah semua majlis berjalan dengan lancar. Buat masa sekarang, aku dan suami menetap di sebuah rumah sewa sekitar Sg.Petani. Tak jauh dari kampung suami & aku sendiri. Lebih kurang 15-30 minit dah boleh sampai rumah mak masing-masing. Hahaha

Hmm untuk gambar-gambar sekitar majlis-majlis persandingan nanti aku up lah ye. Internet tidak mengizinkan nak upload sekarang ni. Bil YES belum bayaq lagiii huhu



Keadaan selepas berkahwin

Alhamdulillah.. so far sooo gooood hahaha. Aku pun tak tau kat mana nk mula kalau bab2 berkaitan suami aku ni. Moment pengenalan kami bagi aku lawak sangat. Aku rasa aku patut buat satu entri khas bertajuk "How We Met" hahahaha amacam? mau ke idok membacanyee? :p

Back to topic; keadaan selepas berkahwin ehh?  Pada aku sendiri yang baru saja memegang title “Isteri”  ni, mungkin tak banyak lah yang boleh aku kongsi. Cuma aku boleh cakap  menjadi  seorang isteri sangatlah mencabar jiwa, raga & mental. Banyak benda kena belajar- Dari segi pengurusan rumahtangga, kewangan dan perangai pasangan.

Btw, insyaAllah.. dalam masa sebulan lagi, aku berazam dalam-dalam untuk rajin update blog. Mana tau nanti orang kesayangan aku di perantauan sana boleh lah baca celoteh mek tecik ni hihihi. Besides, aku sendiri pun rasa rindu nak berblog. Walaupun aku tau, takda sapa yang hingin nak membaca hihi.

Yang pastinya, selepas bulan July ni, semua entri yang bakal aku tulis.... akan menjadi sebuah diari dan kenangan terindah buat aku, suami, keluarga dan sahabat-sahabat. Sapa tau... kot nanti ada yang rindu-rindu? 😊

Oh ya! semasa hampa tengah baca entri ni, aku nak bagitau yang bahwasanya aku telah tukaq username/domain blog ni tau. Dari AIDAHALIENA -> Ayieda2u


Harap enjoy entri pendek ni, till next time ~~




Love, Ayieda 



Thursday, September 15, 2016

Majlis Pertunangan Aida Haliena

Assalamualaikum. 

Ehem ehem. Rasa berdebar pulak nak update pasal pertunangan sendiri hehe. Sebenarnya duk pikiaq banyak kali jugak samada nak update ke tak pasal majlis pertunangan. Yelah baru bertunang ja kan, bukan nikah.. tp memandang ramai saudara-mara, kawan-kawan malah tunang sendiri (hihi) upload gambar iolls di media sosial, iolls mengalah.. cehh ayat! nk menang selalu hahaha. Sebenarnya aku tak sabaq nk tukaq status kt fb ja kekeke :p 

Alang-alang previous post aku dah bagi hint pasal majlis pertunangan ni, aku update terus lah. Biar jadi kenangan :) Nanti duk peram lama-lama takut terlupa the minor memories tu kan. Oh sebelum tu, aku nak minta maaf la sekiranya entry ni menimbulkan rasa ketidakpuasan hati di mana-mana pihak. Bukan niat nak kepochi atau bangga diri, aku cuma nak abadikan hari-hari bahagia aku dalam blog ni :) Apa lah sangat yang nak dibanggakn, aku pun mcm org lain jugak, bertunang sebelum berkahwin. Jadi aku harap masing-masing dpt membaca entry ni dgn hati terbuka dan gembira! sbb aku rasa sangat bahagia dan hati aku berbunga-bunga bila tgk balik gambar-gambar ni ;) 

Tarikh pertunangan iolls 11/09/2016 which is sehari sebelum Hari Raya Aidiladha.
Jom layan gambar-gambar semasa majlis pertunangan iolls!


Maklang tengah proses pasang pelaminku

Main buka tutup lampu ruang tamu sbb nak tgk lighting di pelamin haha

Taraa!! dh siap. Simple & nice

Plan asalnya takmau buat pelamin. Memang dah bincang dgn family takmau buat. Kira nak simple ja. Easy going gitu. Buat makan-makan sikit dan beli baju sahaja. Sebab mulut org ni tak boleh tutup, mata org pun kita takleh rabunkan hahaha. Buat pelamin pun salah, tak buat pun salah. Ada ja tak kena. Sedap mulut ja depa bercakap padahal tak usik pun duit depa kekeke. Tengok sudahlah kn..?kalau tak suka, takyah tgk. Biaq kami yg suka ni ja tgk hehehe. Chill

5 hari sebelum majlis, maklang tanya aku,

"cek buat pelamin dak?"

"dak, takyah buat kot"

"aih buat la, sekali seumur hidup. mai maklang buat bagi. takyah keluaq duit apa pun (free)"

Huhuhu mau takmau aku terpaksa akur. Itupun jenuh jugak la duk cari idea, scroll habih nk tgk contoh pelamin paling simple abad ini hahaha. Maka terhasil lah mcm kt atas tu haa. Entah la nyah, bg aku simple jelah maybe bg org lain heavy sgt. Anyway terima kasih maklang! hugssss


Hantaran pihak perempuan 
7 dulang tapi terrr showed up 8 hehe

Hantaran pihak lelaki
5 dulang

Nervous sangat time ni ðŸ˜‚ 😂




Syra & Mimi sanggup tuang kerja sbb nak mai majlis pertunangan iolls. 
Terharu okay. Aku sayang sangat kt hampa. Nanti jadi bridesmaid aku plak tau! ðŸ’‹ðŸ’‹


InsyaAllah nanti majlis hampa aku pulak yg mai buat riuh hehe


Kc & Kyra 
Curi kt fesbuk ja hehe

Makyah :p Thankyou sudi main makeup dgn aku

Ramai yang suruh bergambar dgn HR, tunang kita tuuuu hehe. Asyik-asyik suruh aku paggil HR hahaha. Tapi dia maluuuu :p  Tunggu orang reda sikit baru dia masuk.


Tara!! my veryhandsome fiance ðŸ’–💖💖

Lepas majlis, kononnya nak g tangkap gambar outdoor lah, kemain pegi smp Kepala Batas, tapi tak kesampaian sbb ada kematian keluarga sebelah HR di Kepala Batas juga. Alang-alang kami pun dah ada kt Kepala Batas, terus heading ke masjid. Cancel terus utk outdoor. 



Tapi yg lawaknya, ada lah jugak sekeping dua gambar dpn masjid hahaha. Sebagai ganti nk outdoor :p Semua ni akai HR

" elok jugak ni kalau tangkap gambaq kt sini, rare.. sunset elok aih "
" kalau org tgk, mesti depa igt kita baru lepas nikah "


hah, nampak...?? kekeke

HR (tunang itew) A'a (bakal adik ipaq) aku & angah
Depa pun ikut sebenarnya. Lupa nak mention td

Lepas balik dari masjid, HR bawak g makan sebab dari pagi aku tak makan. Sebelum nk bawak g makan tu, kenalah bising sebakul dulu dgn HR muehehe 



Lepas makan, ofkos lah HR hantaq balik kn, bukannya nikah lagi :p Hmm dah start dah rinduuuuu kt sayang :(

Esoknya pulak Raya Aidiladha, 12/09/2016 Sebagai ganti hari sebelumnya tak dapat outdoor, kami p masa Hari Raya pertama hahaha bestnya..!!

 Raya kedua, 13/09/2016 attended birthday party ZARIYA SOPHIA. Meriah sangat-sangat. Dah la cantik pulak tu deco dalam rumah. Pandai kak Sal pilih theme.

Huhu semua tu aku akan cerita on next entry okay? Promise :)

Last but not least, terima kasih yang sangat istimewa kepada mama dan abah sbb bagi greenlight cek bertunang dgn HR hihi. Mama dan abah orang kuat majlis ni. Sorry tau kita tadak langsung gambar on that day. Sedih kan :(

Seterusnya terima kasih tak terhingga kepada saudara-mara, keluarga besar sebelah mama dan sebelah abah, sahabat-sahabat yang palinggg aku sayang sbb meringankan kerja mama iolls. Tolong apa yang patut dan semestinya hampa semua mai memeriahkan majlis aku :D

Terima kasih sekali lagi kepada semua yang sudi menjayakan majlis kami. Maaflah cuma mampu menjemput saudara-mara, jiran-jiran dan sahabat-sahabat terdekat ja. Majlis hanya kecil-kecilan. Nanti big day haruslah panggil semua! tak gitu? hehe

Doakan kami berjaya menempuh dugaan alam pertunangan. Khabarnya sangat berat sekali dugaan yang bakal mendatang. Semoga semuanya baik-baik saja dan dipermudahkan segala urusan pembinaan masjid kami. Ameen.


ALL IS WELL ðŸ˜Š

Thanks for reading! Byee~~











Friday, September 9, 2016

3 days to go..

Asaalamualaikum. Quick update.

Hello, Im back! with a good news. tehehe


LotsOfLove




Im so excited! only 3 days to go~ Theres a lot things yg belum siap. I gotta be hurry. May Allah ease everything. Sorry guys kalau this entry mcm blur blur gitu, i will update bout this lovestory very soon hehe. ðŸ’•

KEEP CALM AND COUNTING THE DAYS





Thursday, July 14, 2016

Begin Unexpectedly.

Assalamualaikum.

Belum terlambat rasanya nak ucapkan SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI kepada pembaca blog i hehe. 9 Syawal dah kn, i baru terhegeh-hegeh nak update entry. Rindu sebenarnya nak bebel karang panjang-panjang dkt blog sbb i ada banyak sgt benda nak share. Selalu ja buka laptop tapi tak sempat nak menaip pun. Ada ja kerja yang nak kena settle. Sorry blog huhu


"If Allah can remove someone you never thought of losing,then Allah also can replace them with someone you never dreamed of having"


..................................................................................................................................................................



"Salam hai..amboi segak aih.. :)"

Sapaan HR buat kali pertama, dimana dari situ bermulalah segala moments angau aku hihi. Syukur alhamdulillah atas semua yg jadi. Lain yg dicari, lain pulak yg mendapat. Itulah takdir :) Pertama kali dia cakap dia suka aku, aku jd nervous gila. Yelah takut hampakan hati org kan. Aku sedaq, aku ni jenis susah nk sayangkan orang. Buatnya berkawan dah lama, tp tak sayang juga.. hah? acaneee? huhu Tapi kan.. bila sekali aku dah sayang, aku akan sayang sgt. 

Aku tak pernah try hard utk sayangkan dia. Even dia pn tak pernah paksa utk sayangkan dia. Perasaan tu hadir mcm mentol menyala. Tetiba ja dah rasa sayang. Eh tetiba boleh pulak nak rindu-rindu..?! Mengadanyaaa hahaha.



Sepanjang perkenalan ni, byk juga perkara yg dibincangkan atau kami lebih kepada berkongsi. Dengan cara tu, buat aku rasa lebih mengenali antara satu sama lain. Aku tak suka nk jugde org. Diri sendiri pun byk sgt cacat cela, Bagi aku, past is past. Siapa kita yg dulu bukan lagi kita yg sekarang. Semua org mampu berubah :) 

Adik-adik selalu tanya macam mana aku boleh sukakan HR. Soalan yg kelakar bg aku.. sbb aku tiada jawapan utk soalan tu. Teettt!! hahaha Aku selalu senyum ja bila depa tanya soalan mcm gitu. Modal beb modal. Habuan takmau kena interview lg hehe.

Hmm hmm, meh aku kongsi sikit sbb musabab aku tertarik dgn HR ni. He's good looking? ofcouse! Wangi? ofcouse! Tinggi? ofcouse!  Romantik? ofcouse! Kelakar? ofcouse! Sado? nope, buncit! hehehe gurau ja haa :p

Apa yg buat aku rasa jatuh hati dupdapdudap ialah sifat kepercayaan dia. Dia percayakan aku dalam setiap hal. Bila your partner percaya sampai tahap tu, aku tak rasa hampa nak tikam dia daripada belakang? Rugi beb kalau kita sayangkan someone tp dlm hati masih ragu-ragu takut dia cari lain. Hidup takkan tenang. Siang malam duk pikir. Hahaha i've been through this before. Its was a nightmare for me. Slogannya senang ja, "i percaya u, u percaya i"


I scared that i can never fall in love again. After these 4 years, he prove me wrong. Thank you HR for giving me this kind of love. 


Semoga perancangan selepas ni semua berjalan dgn lancar dgn izin-Nya. I cant wait! :D


Untuk sesapa yang nk mengikuti perkembangan aku (cehh bajet retis sgt kan, hahaha) uguys boleh follow aku di Instagram : @aidahaleena aku selalu update dkt situ ja haa. Sbb cepat, pantas dan berkesan. Gitu hahaha


Bye~