Tuesday, July 4, 2017

Hello 2017

Assalamualaikum. Hey!






Last update tahun 2016 masa tu aku baru bertunang. Sekarang dah masuk bulan July 2017, dan baru ja lepas meraikan Hari Raya Aidilfitri bersama SUAMI TERCINTA hehehe. Iyup! aku dah bernikah dah pun :P Alhamdulillah semua majlis berjalan dengan lancar. Buat masa sekarang, aku dan suami menetap di sebuah rumah sewa sekitar Sg.Petani. Tak jauh dari kampung suami & aku sendiri. Lebih kurang 15-30 minit dah boleh sampai rumah mak masing-masing. Hahaha

Hmm untuk gambar-gambar sekitar majlis-majlis persandingan nanti aku up lah ye. Internet tidak mengizinkan nak upload sekarang ni. Bil YES belum bayaq lagiii huhu



Keadaan selepas berkahwin

Alhamdulillah.. so far sooo gooood hahaha. Aku pun tak tau kat mana nk mula kalau bab2 berkaitan suami aku ni. Moment pengenalan kami bagi aku lawak sangat. Aku rasa aku patut buat satu entri khas bertajuk "How We Met" hahahaha amacam? mau ke idok membacanyee? :p

Back to topic; keadaan selepas berkahwin ehh?  Pada aku sendiri yang baru saja memegang title “Isteri”  ni, mungkin tak banyak lah yang boleh aku kongsi. Cuma aku boleh cakap  menjadi  seorang isteri sangatlah mencabar jiwa, raga & mental. Banyak benda kena belajar- Dari segi pengurusan rumahtangga, kewangan dan perangai pasangan.

Btw, insyaAllah.. dalam masa sebulan lagi, aku berazam dalam-dalam untuk rajin update blog. Mana tau nanti orang kesayangan aku di perantauan sana boleh lah baca celoteh mek tecik ni hihihi. Besides, aku sendiri pun rasa rindu nak berblog. Walaupun aku tau, takda sapa yang hingin nak membaca hihi.

Yang pastinya, selepas bulan July ni, semua entri yang bakal aku tulis.... akan menjadi sebuah diari dan kenangan terindah buat aku, suami, keluarga dan sahabat-sahabat. Sapa tau... kot nanti ada yang rindu-rindu? 😊

Oh ya! semasa hampa tengah baca entri ni, aku nak bagitau yang bahwasanya aku telah tukaq username/domain blog ni tau. Dari AIDAHALIENA -> Ayieda2u


Harap enjoy entri pendek ni, till next time ~~




Love, Ayieda