Thursday, January 6, 2022

Life Update : Tahun Ke 5

Assalamualaikum.
Hai.. Apa khabar?


Bertemu lagi kita di entry baru setelah beberapa tahun. Perasaan aku bercampur baur saat menulis entry ni. Lama sangat tinggalkan blog kan. Banyak event yang berlaku sepanjang ketiadaan entry baru. Akan aku ceritakan serba sedikit.



Pejam celik pejam celik dah masuk tahun 2022. Sungguh cepat waktu berlalu. Bulan 8 tahun ni akan genaplah 5 tahun penghijrahan aku & suami di bumi kangaroo. 5 tahun juga tidak bersua muka dengan keluarga masing-masing. Rindu? Usah di tanya. Setebal langit. Namun selalu ajarkan diri untuk bersabar dan mohon Allah sentiasa berikan kami kekuatan. Insya Allah satu hari nanti dapat berkumpul semula ramai-ramai.


Seiring dengan tahun penghijrahan, aku & suami juga melayari bahtera rumah tangga di jumlah yang sama. Baru-baru ini, pada tarikh 01 Januari kami menyambut ulang tahun perkahwinan yang ke 5. Alhamdulillah ;)  Tak sangka dah 5 tahun berhubungan halal hehe. Kadang-kadang aku rasa macam baru ja akad nikah. Entah laa.. mungkin memori akal ni stuck di masa 5 tahun yang lalu ketika baru di ijab kabulkan. Rasa kasih sayang.. rasa cinta sentiasa mekar, alhamdulillah.. Jika ditanyakan soal zuriat, aku hanya mampu berkata.. ramai yang menunggu kami di Syurga, insyaAllah.. Doakan yang baik-baik buat kami, ya? :)

Kehidupan di sini terasa cepat berlalu. 5 tahun seolah-olah seperti setahun. Kalau ber video call keluarga di Malaysia, alangkah terkejutnya bila tengok adik-adik, sedara mara yang dulu masih kecik.. sekarang dah meningkat dewasa. Lama sangat ya kakak hijrah? Hmm.. ada betul nya jugak, memori akal aku ni stucked di masa 5 tahun yang lepas. Segalanya terbayang keadaan yang lama sebelum berhijrah ke sini. Hee -,-‘



Oh ya! Aku dah saksikan kecantikan Sydney Opera House pada bulan April tahun lalu. Suami aku bawak holiday ke Sydney sejurus usai kerja packing. Ya Allah seronok sangat..! Banyak jugak tempat yang kami pergi masa dekat Sydney haritu. Nanti aku buat satu entry khas pasal Sydney. Ha! macam seronok jugak kalau buat entry khas tempat-tempat yang aku pergi explore atau holiday, kan..?? Okay nanti aku fikir dulu. Kalau rajin, aku tulis. Hahaha ;D 

Aku ni… suka jugak buat video/reels di instagram. Cuma jiwa aku lebih kepada menulis entry. Rasa puas bila dapat tulis. Walaupun aku tahu, blog dah tak relevan zaman sekarang ni. Orang lebih suka tengok video pendek dan lain-lain tapi aku ok ja sebab aku happy bila dapat tulis di blog. You do you. Gitu ;p

Sebelum aku undurkan diri, aku nak cerita sikit pasal isu semasa. Apa yang berlaku dalam kehidupan manusia sekarang ni. Sepanjang 2 tahun lepas, dunia telah pun dikejutkan dengan penyebaran vi.rus. Pengambilan vak.sin diwajibkan. Namun, sehingga ke harini masih belum dapat putuskan rantaiannya. Variant demi variant muncul. Sekarang ni muncul pulak 2 variant baru. Tak tahu la sampai bila manusia nak kena hadapi masalah vi.rus yang duk merebak ni. Ramai yang terjejas dari segi pekerjaan & kewangan sejak 2 tahun lalu. Semoga Allah angkat penyakit-penyakit ini dari bumi. Aamiin..


Aku rasa setakat sini saja. Mana mungkin mampu nak diceritakan apa yang jadi sepanjang 5 tahun ini. Aku pun tak terdaya nak tulis. Cukup lah aku bagitau yang aku sihat, selamat dan happy dengan kehidupan yang Allah tetapkan ini. Jika adapun hal yang menyedihkan berlaku, hal yang kita rasa kita tak suka.. selalu lah bersangka baik dengan Allah. Dia Maha Mengetahui. Senyum sikit, okay? ;)

Jumpa nanti di entry baru. Insya Allah. 
Assalamualaikum. Baii~

















No comments: