Assalamualaikum.
Ehem ehem. Rasa berdebar pulak nak update pasal pertunangan sendiri hehe. Sebenarnya duk pikiaq banyak kali jugak samada nak update ke tak pasal majlis pertunangan. Yelah baru bertunang ja kan, bukan nikah.. tp memandang ramai saudara-mara, kawan-kawan malah tunang sendiri (hihi) upload gambar iolls di media sosial, iolls mengalah.. cehh ayat! nk menang selalu hahaha. Sebenarnya aku tak sabaq nk tukaq status kt fb ja kekeke :p
Alang-alang previous post aku dah bagi hint pasal majlis pertunangan ni, aku update terus lah. Biar jadi kenangan :) Nanti duk peram lama-lama takut terlupa the minor memories tu kan. Oh sebelum tu, aku nak minta maaf la sekiranya entry ni menimbulkan rasa ketidakpuasan hati di mana-mana pihak. Bukan niat nak kepochi atau bangga diri, aku cuma nak abadikan hari-hari bahagia aku dalam blog ni :) Apa lah sangat yang nak dibanggakn, aku pun mcm org lain jugak, bertunang sebelum berkahwin. Jadi aku harap masing-masing dpt membaca entry ni dgn hati terbuka dan gembira! sbb aku rasa sangat bahagia dan hati aku berbunga-bunga bila tgk balik gambar-gambar ni ;)
Tarikh pertunangan iolls 11/09/2016 which is sehari sebelum Hari Raya Aidiladha.
Jom layan gambar-gambar semasa majlis pertunangan iolls!
Jom layan gambar-gambar semasa majlis pertunangan iolls!
Maklang tengah proses pasang pelaminku
Main buka tutup lampu ruang tamu sbb nak tgk lighting di pelamin haha
Taraa!! dh siap. Simple & nice
Plan asalnya takmau buat pelamin. Memang dah bincang dgn family takmau buat. Kira nak simple ja. Easy going gitu. Buat makan-makan sikit dan beli baju sahaja. Sebab mulut org ni tak boleh tutup, mata org pun kita takleh rabunkan hahaha. Buat pelamin pun salah, tak buat pun salah. Ada ja tak kena. Sedap mulut ja depa bercakap padahal tak usik pun duit depa kekeke. Tengok sudahlah kn..?kalau tak suka, takyah tgk. Biaq kami yg suka ni ja tgk hehehe. Chill
5 hari sebelum majlis, maklang tanya aku,
"cek buat pelamin dak?"
"dak, takyah buat kot"
"aih buat la, sekali seumur hidup. mai maklang buat bagi. takyah keluaq duit apa pun (free)"
Huhuhu mau takmau aku terpaksa akur. Itupun jenuh jugak la duk cari idea, scroll habih nk tgk contoh pelamin paling simple abad ini hahaha. Maka terhasil lah mcm kt atas tu haa. Entah la nyah, bg aku simple jelah maybe bg org lain heavy sgt. Anyway terima kasih maklang! hugssss
Hantaran pihak perempuan
7 dulang tapi terrr showed up 8 hehe
Hantaran pihak lelaki
5 dulang
Nervous sangat time ni 😂 😂
Syra & Mimi sanggup tuang kerja sbb nak mai majlis pertunangan iolls.
Terharu okay. Aku sayang sangat kt hampa. Nanti jadi bridesmaid aku plak tau! 💋💋
InsyaAllah nanti majlis hampa aku pulak yg mai buat riuh hehe
Kc & Kyra
Curi kt fesbuk ja hehe
Makyah :p Thankyou sudi main makeup dgn aku
Ramai yang suruh bergambar dgn HR, tunang kita tuuuu hehe. Asyik-asyik suruh aku paggil HR hahaha. Tapi dia maluuuu :p Tunggu orang reda sikit baru dia masuk.
Tara!! my veryhandsome fiance 💖💖💖
Lepas majlis, kononnya nak g tangkap gambar outdoor lah, kemain pegi smp Kepala Batas, tapi tak kesampaian sbb ada kematian keluarga sebelah HR di Kepala Batas juga. Alang-alang kami pun dah ada kt Kepala Batas, terus heading ke masjid. Cancel terus utk outdoor.
Tapi yg lawaknya, ada lah jugak sekeping dua gambar dpn masjid hahaha. Sebagai ganti nk outdoor :p Semua ni akai HR
" elok jugak ni kalau tangkap gambaq kt sini, rare.. sunset elok aih "
" kalau org tgk, mesti depa igt kita baru lepas nikah "
hah, nampak...?? kekeke
HR (tunang itew) A'a (bakal adik ipaq) aku & angah
Depa pun ikut sebenarnya. Lupa nak mention td
Lepas balik dari masjid, HR bawak g makan sebab dari pagi aku tak makan. Sebelum nk bawak g makan tu, kenalah bising sebakul dulu dgn HR muehehe
Lepas makan, ofkos lah HR hantaq balik kn, bukannya nikah lagi :p Hmm dah start dah rinduuuuu kt sayang :(
Esoknya pulak Raya Aidiladha, 12/09/2016 Sebagai ganti hari sebelumnya tak dapat outdoor, kami p masa Hari Raya pertama hahaha bestnya..!!
Raya kedua, 13/09/2016 attended birthday party ZARIYA SOPHIA. Meriah sangat-sangat. Dah la cantik pulak tu deco dalam rumah. Pandai kak Sal pilih theme.
Huhu semua tu aku akan cerita on next entry okay? Promise :)
Last but not least, terima kasih yang sangat istimewa kepada mama dan abah sbb bagi greenlight cek bertunang dgn HR hihi. Mama dan abah orang kuat majlis ni. Sorry tau kita tadak langsung gambar on that day. Sedih kan :(
Seterusnya terima kasih tak terhingga kepada saudara-mara, keluarga besar sebelah mama dan sebelah abah, sahabat-sahabat yang palinggg aku sayang sbb meringankan kerja mama iolls. Tolong apa yang patut dan semestinya hampa semua mai memeriahkan majlis aku :D
Terima kasih sekali lagi kepada semua yang sudi menjayakan majlis kami. Maaflah cuma mampu menjemput saudara-mara, jiran-jiran dan sahabat-sahabat terdekat ja. Majlis hanya kecil-kecilan. Nanti big day haruslah panggil semua! tak gitu? hehe
Doakan kami berjaya menempuh dugaan alam pertunangan. Khabarnya sangat berat sekali dugaan yang bakal mendatang. Semoga semuanya baik-baik saja dan dipermudahkan segala urusan pembinaan masjid kami. Ameen.
ALL IS WELL 😊
Thanks for reading! Byee~~


No comments:
Post a Comment