Assalamualaikum semua.
Ya Allah.... akhirnya aku boleh update blog! Rindu nak menulis. Last entry bulan July 2017, phew lama betoi. Harapan nak selalu update blog hanyalah angan-angan mat jenin. Rindu betoi kat seketoi blog aku ni. Almost a year tak buka. So... jom lah aku cerita sikit tentang life aku selama beberapa bulan yang lepas.
Ok, aku rasa/perasan ramai yang dah tau keberadaan aku kt mana since aku ada update kt instagram. Bajet instafamous? hahaha :p Im pretty sure followers IG aku adalah readers blog aku jugak. So yeah~ Currently im in Australia. Ha surprise surprise.. hehe
Aku dan husband datang Aussie bulan Ogos tahun lepas. Lepas update blog bulan July, sebulan lepas tu fly terus ke Aussie. Its was unexpected trip. We’re just willing to earn some experience at the new place. Preparation sebelum ke Aussie amat simple. Buat passport since kami tak penah travel luaq negara, lepastu apply visa, dan packed baju hehe.
But wait. Not THAT simple. Terlupa yang kena pindah barang dari rumah sewa ke rumah parents. Ok part ni paling tak berkenan. Aku taktau aku beli apa sangat selama 3bulan duk rumah sewa tu sampai banyak gilaaaa barang nak kena kemas & pack -___-“
Lepas settled everything, baru lah hati lega nak ke Aussie. Flight aku pukl 10pagi dari Malaysia dan tiba di Airport Melbourne pukul 8malam. Fyi, bulan Ogos adalah penghujung musim sejuk di Aussie. Husband and i dah prepared siap-siap winter coat dalam backpack sebab takut gigil hehe, yelah mana penah rasa winter. Keluaq ja exit gate airport tu bergegas pakai winter coat hahaha sejuk gila! Selalu pegi Cameron Highland tak sejuk pun? Apahal sini sejuk? HAHAHA sengal
Fun fact here, husband and i tak penah travel jauh-jauh walaupun sebelum berkahwin dan TAK PENAH NAIK KAPAL TERBANG. So jakun dalam flight tu semestinya :’D Pengalaman ke Aussie adalah pengalaman yang takkan aku lupa. Bagi aku dan suami semuanya adalah “KALI PERTAMA” Syukur alhamdulillah atas rezeki Allah.
Bila teringat balik moments yang lepas, rasa syahdu sangat. Hehe i love my life. So its almost a year dah. Tak lama lagi dah nak berpuasa, Yayyy tak sabaqnya nak rasa berpuasa dan sambut hari raya di perantauan. InshaAllah semuanya akan baik-baik ja ;)
Aku harap aku boleh upload some pictures kali ni, tapi apakan daya.. aku update ni pun guna phone ja :( Aku nak sangat update so tak kisah lah guna phone pun ok ja asalkan dapat terubat rindu nak menulis. Next time harap-harap boleh lah update guna laptop pulak hehe.
Have a good day!
No comments:
Post a Comment